Wednesday, May 1, 2013

Laungan Ini Kalilah...Jom Undi PR

Salam...
 
Laungan ini kalilah menjadikan saya sgt bersemangat.:). Mungkin saya ingin memberi peluang kepada Pakatan Rakyat supaya mengambil alih pemerintahan negara, mungkin saya ingin melihat perubahan.
 
Sejak bila ye saya betul2 membulatkan tekad untuk memilih PR. Ianya bermula di tahun2 akhir di universiti bila abg sepupu saya selalu mengatakan, "Apa guna pembangunan jika tidak diiringi oleh Islam, pembangunan akhlak, sahsiah dsb". "Sebagai pelajar universiti, berapa biji kitab saya dah habis baca?, ke belajar ilmu duniawi semata2?. Saya berfikir ada betulnya telahan beliau.
 
Suatu hari semasa saya driving bersama mak saya, saya tanya dia heart to heart mengenai suasana semasa BN memerintah Kelantan pada tahun 1985-1990, majukah Kelantan time tu, banyakkah pembangunan, senangkah hidup rakyat Kelantan time tu? Apa yg keluar dari mulut mak saya menyebabkan saya sedar. Apa yg keluar dari mulut dia ialah, "Kelantan time tu banyak hiburan...kuat betul hiburan...sampai tk larat nk layan hiburan". Uarghh...saya terus menjerit dalam hati je, "Taknak undi BN, saya tk boleh hidup dgn hiburan yg melampau, pening kepala". Mak saya tk sebut pun hidup senang dan etc....maksudnya apa yg tercoret dlm memori dia, ataupun apa yg significant dgn BN time tu ialah hiburan. Hrmm....masih kecil pd tahun1985-1990, tapi saya menilai tinggi apa yg keluar dari mulut mak saya ttg pemerintahan BN pada tahun2 tersebut.
 
Selain itu, masa kanak2 dan remaja saya sering heran kenapa org2 tua kt Kelantan anti BN, bila saya pergi mengaji Quran kt surau mesti makcik2 atau nenek2 akan cakap BN tk Islamik, baik undi PAS. Saya time tu nmpak BN ok, pakai baju Melayu dan songkok,mcm org Islam jgk. Agenda diorg pun bagus...pembangunan. Tetapi bila dah besar2 ni baru faham, yg makcik2 dan nenek2 kat Kelantan mendahulukan perjuangan Islam (PAS) berbanding dgn kemajuan. Mungkin bagi mereka biarlah kita hidup susah, miskin asalkan kita sokong ulamak, tok guru dan perjuangan Islam.
 
Baru-baru ni saya pergi ceramah PAS di Binjal, Pasir Mas. Ustaz Nik Abduh datang. Tapi saya tak ingat informasi dari Ustaz mana dah yg memberitahu kerajaan pusat yg dimiliki BN cuba menekan kerajaan PAS Kelantan selama bertahun2, cthnya dgn tidak membenarkan kerajaan PAS Kelantan meminjam dana untuk membaiki sistem air, sbb tu la air di Kelantan seperti air teh susu. Ustaz tu siap buat lawak "Kalau nak minum air teh susu pagi, tengahari, petang dan malam, silalah berkunjung ke Kelantan ye..:)". Kat sini saya sekali lagi respect kat org kelantan, sekat air not a big deals bagi orang Kelantan sbbnya nk tahu kenapa tak? Org kelantan menggali telaga sendiri di rumah masing2.Bila fikir balik situasi berdikari dan suasana kampung begini mengingatkan saya kepada org Vietnam yang gigih menggunakan sumber2 yg mereka ada (ubi kayu, keledek untuk dimakan) semasa berperang dengan tentera Amerika yang canggih. Hrmm...tak sia2 saya melawat Ho Chi Minh city last year, ada jugak pengajaran yg boleh diambil. Tau tak perang Vietnam dan Amerika sapa menang? Jawapannya ialah Vietnam. Pengajaran lain yang saya dapat, jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kehidupan kita. Perjuangan menegakkan Islam memang banyak ujiannya. Jika saya berada di tempat makcik2, nenek2, pakcik2 & datuk2 pada zaman2 kesukaran sebegitu, adakah saya mampu mempertahankan PAS di Kelantan?? Saya sgt respect dgn golongon premier di Kelantan kerana mereka boleh fikir dan sanggup berada di bawah pemerintahan PAS walaupun apa jua ranjaunya. Bukan sorg atau 2 org, tapi majoritinya. Mungkinlah ini yang dinamakan negeri serambi Mekah.
Semoga negeri2 lain yang baru di perintah PR pada tahun 2008 juga tabah kerana saya dpt rasakan banyak tekanan yg anda semua hadapi dan ianya sudah pasti memerlukan kesabaran dan kecekalan yg tinggi. Negeri2 lain it is a good option to choose PR dalam piliharaya kali ini.
 
Sudah jam 11 p.m. Hari ini 1 Mei yang bersemangat, pagi tadi saya sudah pasangkan sport rims dan tayar baru untuk kereta saya supaya selesa untuk balik mengundi. Sudah servis keta juga dan sudah dicuci jugak. Kereta saya ada nama tau, namanya Qaswa bermaksud 'To cover for long distance', sesuai lah nama tu sbb Qaswa selalu berjalan jauh...every 2 weeks balik Kelantan dari Dungun. Saya juga dengan bersemangatnya sudah packing barang2 untuk dibawa balik ptg esk. Tak pernah saya rasa bersemangat nk balik kampung sampai one night before dah packing. Tak tahu dari mana energy dan semangat itu datang.
 
Satu pesanan dari seorg Ustazah sempena menghadapi PRU-13 ni, walaupun kita dah usaha macam2, kempen sana-sini, fb sana-sini, jangan lupa mintak doa byk2 dgn Allah supaya Allah permudahkan segalanya dan Allah menghancurkan tipu daya pihak2 yang tak bertanggungjawab. Antara zikir yang disarankan ialah, "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minnal Dzolimi (100x sehari) dan "Hasbunallahu Wa Nikmal Wakeel (Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung...begitulah maksudnya), La Hawla Wala Quwwata Illa Billahi 'Aliyyi 'Adzimi (Tiada kuasa dan kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi) - 100x sehari juga. Maaf ye jika ejaan zikir dalam rumi ni sedikit ralat, boleh search internet untuk ejaan Arab.
 
Saya juga nk puasa sunat hari Khamis esok hari if ada kekuatan sbb doa org puasa makbul. 
 
Baiklah itu sahaja, semoga laungan Ini Kalilah menjadi kenyataan...insyaAllah.
 

No comments:

Post a Comment