Assalamualaikum…
Today, I felt dishearten with someone. I just wonder why
that person cannot tell it properly. I was also emotional and would like to
ignore that person…..I did not want to answer to that person or I also want to
reply harsh answer. But, hey, it is not professional dear, you should answer
professionally. But, I’m tired to be too protocol, too follower. Yeah, I showed
a little bit of my rebellious….huhuJ.
Pohon tomato Cameron Highlands...:) |
I made my own reflection (muhasabah) on that situation. I
remember on what I have behold so strong which is a phrase from As Syahid Hassan
Al-Banna “Be like a tree, when people throw stone towards you, you will drop them your
sweet fruits” “Jadilah seperti pokok, apabila manusia melemparkan batu ke arahnya, dia
akan mengugurkan buah2nya yang manis”. Ya Allah, how comes lately I forgot on
this phrases. Adakah kelupaan ini merupakan ujian terhadapku yang selalu pandai
memberi nasihat kepada orang tetapi bila sampai masaku…aku jua yg turut
teremosional. Teringat kata2 Ustazah Norhafizah Musa, “Ujian bagi orang yang banyak bercakap (banyak
member nasihat), ini besar”…J
Aku bermuhasabah lagi, mungkin Allah beri sedikit kepayahan
kepadaku dalam pekerjaanku kerana lately, terutamanya sejak aku berpindah ke
Kerteh, hubunganku dengan Allah tidak terjaga, puasa sunat kurang, solat sunat
kurang, bacaan Quran kurang. Tahajud jauh sekali. Teringat kata2 naqibahku, “Jagalah
hubungan dengan Allah, kalau kita ada masalah dengan org, cuba check kembali
hubungan kita dengan Allah”…..Upline Shaklee ku sering mengingatku juga supaya banyakkan
bertahajud, banyakkan berzikir. Namun kekuatan itu tiada….yeah, mungkin aku
kena kuatkan semangat untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
Aku bermuhasabah lagi….aku tidak suka kerjaku, kenapa dulu
aku tidak pilih untuk jadi cikgu sahaja…dapat bermain dgn kanak2 dan dapat
membuat alat bantu mengajar warna-warni.Tetapi pernahkah aku bangun tengah
malam dan mengadu pada Allah supaya Allah berikanlah kepadaku kerjaya yang
bersesuaian denganku.
Aku sering risau dengan pergaulanku dengan lelaki samada
berdepan atau di alam maya (fb, wassap, phonecall, sms)….risau aku tidak
menjadi wanita solehah, risau aku menjadi fitnah dan dosa kepada diri sendiri
dan orang lain. Tetapi pernahkah aku bangun di sepertiga malam, mengadu kepada
Allah, jagalah akhlakku di mana sahaja aku berada dan janganlah jadikan aku
seperti apa yg ditulis di dalam Quran, “Wanita2 yang melunakkn suaranya untuk
menarik perhatian lelaki”. Ya Allah, hamba-Mu bakal pergi ke tengah laut tidak
lama lagi, Engkau jagalah akhlak hamba-Mu ini. Titiskan setitis ketegasan
Asiah, isteri Firaun ke dalam jiwaku bila mana daku berurusan dengan kaum adam,
Asiah yang tegas, namun tidaklah garang tidak bertempat, memilih syurga
berbanding istana Firaun. Titiskanlah setitis ketegasan Asma’ binti Abu Bakar
r.a ke dalam diriku setiap kali aku berurusan dengan kaum adam, Asma’ yang
tegas namun penuh kasih saying, bonda pahlawan Abdullah bin Zubair r.a, isteri
setia kepada Zubair bin Awwam r.a. Asma’ yang berhasil dalam setiap
pekerjaannya. Moga urusanku di offshore nanti juga berhasil…J
Nampaknya setakat itu sahaja post kali ni.
No comments:
Post a Comment