Salam and Good Day,
Istimewanya Islam kerana Islam menggariskan batas-batas tertentu dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan, iaitu tidak boleh terlalu bebas. Betapa sucinya perhubungan lelaki dan perempuan dalam Islam. Kedua2 lelaki dan perempuan yang bukan muhrim perlulah menutup aurat seperti yg digariskan semasa berinteraksi antara satu sama lain, perempuan tidak boleh melunakkn suara, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh berdua-duaan di tempat sunyi.
Di tempat kerja, Muslimah sering diuji dengan environment terkini yg tidak menjaga ikhtilat sehingga Muslimah keliru apakah tindakan yg harus diambil, samada mengikut rentak org lain, bertegas atau melarikan diri dari hiruk pikuk pergaulan ni?
Saya rasa saya juga lately mengalami masalah ini terutamanya di tempat kerja. Bila saya muhasabah sendiri, saya rasa saya perlu membina kekuatan dalaman iaitu dgn memperbanyakkan doa supaya Allah menjaga saya dari menghadapi kesulitan dalam hal2 berkaitan ikhtilat.
Bertegas tidak mungkin saya dpt lakukan kerana saya bukan seorg yg tegas, melarikan diri juga tidak sesuai kerana kerja saya memerlukan saya berinteraksi dgn ramai org tk kira lelaki atau perempuan. Jadi, the best thing to do is solat sunat, zikir mathurat, baca Quran, hafazan. Bila hubungan kita dgn Allah mantap, dengan sendiri ketegasan/keberanian/kepetahan kata2 itu terbit dlm diri kita.
Menyebut tentang keberanian/ketegasan, saya teringat housemate lama saya As yg menegur officematenya supaya menjarakkn tempat duduknya dari tempat duduk As semasa mereka sedang berurusan dgn sebuah computer yg sama untuk system SAP. Senyum...:), berani dan cepat sekali otak As berfikir untuk meluahkan kata2 yg sesuai...:). Moga saya juga boleh sebegitu di masa hadapan.
Ikhtilat merupakan symbol keindahan Islam.....jika kita tidak jaga, maka tiada lagilah symbol yg kita bangga2 kan itu, melainkan kita sama shj seperti non-muslim.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment