Monday, July 16, 2012

Sangatlah keduniaan

Salam semua,

Aktivitiku hari ini sgtla keduniaan, balik office pada jam 9.30 mlm....aduhai, sedihnya. Tk sempat nk baca Quran (tp sempat tulis blog ea..), sepatutnya kena baca 18 pages sbb sehari target 20 pages, pagi tadi dh baca 2 pages. Hari terpaksa balik lmbt kerana kerjaku berlambak tk siap, if makin ditangguh makin parah nnti, silap2 bulan puasa ni hari2 terpaksa balik lambat. Jadi, sbb td dh siap, ada satu je lagi outstanding task. Target Ahad ni nk g office dalam jam 10 pagi, then siapkan that outstanding task. I don't want to clog all the activities during Ramadhan month. I want have productive ramadhan. 

Okla...itu je arini, tk boleh tulis panjang2, nnti tk bngun Subuh plak...huhu

Saturday, July 14, 2012

Ukhti is growing up...alhamdulillah..:)

Assalamualaikum...

Today is Saturday, however Ukhti quite busy. Busy during weekends is meant that Ukhti is growing up, she aware that she has more commitment to do and she aware that she cannot ignore all those commitment anymore...:).  In the morning, saya mencuba tips APG iaitu mengambil hati bonda dgn membawa beliau dan adik angkat tak rasmi yang berbangsa Melayu Kalimantan menikmati breakfast roti canai di Cahaya Taufik restaurant, Permy Jaya, yg tepi Permy Mall tu..:). Alhamdulillah, bonda happy. Half day has been spent with so many urusan remeh temeh (register roaming Celcom at Celcom center, ambil baju yg dialter, cari money changer untuk tukar duit Korea, akhirnya tk dpt tukar pun, kat KLIA je la). My plan untuk belajar memasak arini tk menjadi kerana I took too long time in the morning for urusan remeh temeh. So, akhirnya beli nasi kerabu je kt Restoran Selera Kelate.

After lunch dan solat Zuhur, saya tidur kepenatan. Then after Asar, saya menjemput adik2 Curtin yang baru sampai Miri.

Mlm ni saya membaca Quran lebih kurang 5 pages, still tk smpai target lagi, sepatutnya 20 pages/day. Saya perlu memantapkan lagi pengurusan masa. Sempat jgk melihat kerja office, battery adequacy check for one of offshore platform. Hrmm....IEC utk transformer, tk sempat nk baca lagi. As usual, all those documents are quite boring stuffs to me...hihi. However, I'm a responsible engineer, mestilah saya akan paksa diri saya untuk baca walaupun rasa sgt boring tahap pening kepala bila baca all those documents.

New thing to me tonite, saya berjaya develop cash flow saya sendiri guna Excel. Recently, saya rasa saya byk membazir, tu la nk track properly perbelanjaan. During driving this morning, saya cuba mencongak2...minyak 5 kg brapa lama ye tahan? Beras 10 kg brapa lama ye tahan? Telur satu rakit brapa lama ye tahan? I asked my adik angkat but she cannot answer, thus I think I should keep track it kerana kita perlu menyayangi duit hasil titik peluh kita, membazir adalah amalan syaitan, lepas tu tidakkah kau fikirkan kat dunia ni ramai lagi org susah, if kau berjimat cermat, mana tau blh kumpul duit utk buka kedai ke, utk tlg org susah ke.

So tonite, I develop that cash flow.


Huhu...I'm sleepy, tomorrow I will have daurah, perlu bangun pagi utk Solat Subuh, baca Quran, siapkn breakfast, in the afternoon, sy smbung planning nk masak nasi ayam.


Okla, nk tidur dulu..:)


Sunday, July 8, 2012

Resolusi Ramadhan 1433 H

Salam,

Tidak lama lagi masuk bulan Ramadhan, i'm nervous. Huhu....bukan sbb nk dipinang orang or nk kahwin selepas bulan Ramadhan, tetapi nervous takut Ramadhan tahun ini tidak sampai matlamat lagi seperti tahun2 sebelum ini. Bila menghadiri program Ahlan Ramadhan pada pagi td baru la tersedar prestasi puasa saya pada tahun lepas jauh lagi dari tahap nk mencapai cemerlang. Tapi yang lepas biarlah lepas, I should look forward for upcoming Ramadhan.

Penilaian Ramadhan pada tahun lepas:-

  1. Al-Quran - dari segi tilawah, saya tk sempat khatam dan mmg jauh dari nk khatam, hafazan pulak, rasanya tk hafal satu surah pun...huhu. Resolusi tahun ini: Nk khatam satu Quran dgn menggunakan formula yg dishare oleh kawan2 iaitu setiap kali slps solat baca 4 pages. Hafazan plak nk hafal Juz 30 dan 29, modus operandi nya, lepas sahur dan lepas Subuh.
  2. Sembahyang - overall ok, cuma solat terawih ada hari yg saya miss. Resolusi tahun ini : Jihad kital, tkkn miss lagi solat terawih unless travel or pergi offshore.
  3. Sahabat-sahabat di bulan Ramadhan - tahun lepas saya tkde sgt kawan baru di bulan Ramadhan, mengeratkan hubungan ngn kwn2 lama pun tk sgt. Resolusi tahun ini : Memperbanyakkan kawan2 baru dan mengeratkn hubungan dgn kawan2 lama, ajak berbuka puasa, sharing2 tazkirah, bagi pamplet tentang puasa..:)
  4. Fi sabilillah - dari segi khidmat umum seperti melawat org di hospital atau orang susah, saya tk buat tahun lepas...huhu. Berbakti dekat jiran2 pun tk...jiran2 saya semua cina/non-muslim...i'm clueless on how to approach them. Berbakti kpd mek di rumah, ada lah sket2, tp bukan di tahap memuaskan lagi. Resolusi tahun ini : Ikut program ziarah di hospital dan keluarga miskin. Memperbanyakkan tolong mek memasak juadah berbuka dan sahur. Jihad kital : Saya perlu bangun paling awal untuk kejutkn orang lain bersahur dan sediakan makanan sahur.
  5. Ilmu dalam bulan Ramadhan - Buku apa yg dibaca pada Ramadhan lepas dan tafsir Surah apa yg dibaca pada Ramadhan lepas? Lupa...seriously lupa. Resolusi tahun ini : Riyadhus Salihin dan seminggu satu buku.
  6. Akhlak dalam bulan Ramadhan - Akhlak di bulan lepas pun saya lupa mcm mana akhlak saya, mungkin tkde perubahan sgt. Resolusi tahun ini : All out in pembaikian akhlak, tknk tidur lebih2, tknk makan byk2 time buka puasa - nnti lmbt solat Maghrib, tknk lemah, malas & lesu.
  7. Derma/sumbangan - Tahun lepas tk byk menderma sgt. Resolusi tahun ini : Sediakan list2 org yg ingin diderma, diberi hadiah, dibelanja buka puasa dari sekarang.