Saturday, October 27, 2012

Maa....Mixed Feelings

Assalamualaikum....
 
Maa (baca : Mama/Ibu/Mak). Sebagai seorang anak yang agak jiwang (hehe...), saya sering terfikir adakah wajah saya sama seperti wajah Maa saya. Saya sering tercari2 dalam diri saya, dimanakah persamaan saya dengan Maa saya, adakah dari segi paras rupa? adakah dari tingkah laku? adakah dari segi suara? Namun, tidak pernah ada orang cakap yang saya sama seperti Maa saya kecuali saya yang syok  sendiri...hehe. Saya tidak tahu kenapa saya berfikir begitu dalam, ingin sama dengan Maa...and sometimes saya ingin sama dengan Ayah juga. Cthnya : Saya kata saya sama dengan Ayah sebab kami sama2 suka mkn dragonfruit.
 
 
That thing continues terutama setiap kali saya pulang ke kg, baru2 ini saya memotong kuku Mek, selepas potong kuku Mek, saya tanya Maa...."Maa, mahu potong kuku jgk ke?". She said, "Maa tknk sbb malam". Kepercayaan org tua di kg kami, potong kuku malam tidak elok, blh bawa bala. Saya terus jawab, "Itu kepercayaan karut Maa, mana ada potong kuku mlm blh bawa bala,hanya Allah je yg bolh menurunkan bala". Saya berkata begini kerana keyakinan saya kepada La Hawla Wala Quwata Ilah Billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua/There is no power nor might except with/by Allah''). Maa agreed saya potong kuku dia. Selepas siap tangan, saya mahu potong kuku kaki, Maa tk bagi mungkin segan. Saya paksa jgk, akhirnya dia bagi.....Saya sedih kerana kedua-dua ibujari kaki Maa pecah2, hitam dan rosak teruk kerana kuatnya Maa bekerja untuk menyara keluarga. Maa, seorang wanita cekal, bekerja kampung, bertani dan sebagainya. Saya perhatikan dia tidak pernah kisah akan kecantikan dirinya, yang penting baginya get jobs/tasks done. MasyaAllah...kuatnya Maa dari segi fizikal dan mental. I never seen her with compact powder and lotion...I think she never has lotion.
 
Dalam hati saya sering terfikir..."Maa ni tk letih ke, dahlah sebelah tangannya tk berfungsi dengan baik kerana dia pernah menghidap strok. Alhamdulillah, stroknya pulih, cuma tangan yang sebelah itu masih tidak pulih sampai skrg. Bila saya compare dengan diri saya...hmm betul ke saya ni nak jadi pejuang/sukarelawan Palestin, Pattani, Rohingya dan sebagainya, sedangkan hidup tidak boleh penat sedikit. Tangan tidak boleh ganas2 or buat kerja kasar sedikit....Kalo dulu sebelum saya insaf lagi lah teruk saya ni, siap dengan contact lens bagai. Akhirnya, saya fikir kalau nk pergi berjuang/berperang, duduk dalam khemah, mcm mana nk cuci contact lens, bukankah rumit???Hehehe....sorry if this statement menyakitkn hati pemakai2 contact lens di luar sana. I didnt mean it, just my personal thought on myself. Akhirnya saya insaf....cantik bukanlah segala2nya. Ramai manusia tk cantik di dunia ini, tapi hidup bahagia dan yang paling penting cantik di sisi Allah. Lagipun, saya terfikir kalo dh tk cantik tu, pakai apa pun tk cantik jgk (either spek or contact lens). Ramai je org yg pakai spek cantik sbb dia mmg dilahirkan cantik. Saya pakai spek or contact lens mmg dua2 tk brapa cantik sbb saya mmg dilahirkan sederhana saje...:).
 
Note: If saya ditakdirkan pergi berjuang/berperang suatu hari nnti, saya nk jadi jururawat or tukang masak or orang belakang tabir je k, sesuai dgn fitrah perempuan. Saya tk bercita2 nk jadi panglima perang, tentera, pemanah, penunggang kuda dsb. Mungkin orang akan bahaskan cita2 saya rendah, ade je wanita jadi penunggang kuda di zaman Rasulullah. Jawapan saya setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Tapi saya ingin menjadi pembantu setia bukan ingin menjadi pemimpin dan saya redha sebagai pembantu.
 
 
Berbalik kepada Maa....jauh di sudut hati saya, saya amat berbangga kerana dia Maa saya. Yang kuat semangat, yang rajin, yang rational, yang berusaha. Maa...I'm proud of you and I love you so much, although...I never say it in front of you sbb itu bukan kebiasaan keluarga kita. Kadang2 saya terfikir kenapa Maa ni kuat semangat ye?? Maa pergi sekolah kat mana, cikgu Maa trained Maa macam mana? Maa ni ada keturunan Siam ke?....hehe, sbb orang Siam ni kuat semangat. Ma ke Ayah ni yang ada keturunan Arab/Ulamak sbb nampak Maa lagi kuat semangat dari Ayah padahal Ayah yang dicanang2 ada keturunan Arab/Ulamak (keturunan Arab/Ulamak Ayah pun tidak sahih, diturunkn dari mulut ke mulut). Hrmm...tk perlu la fikir semua itu, tak penting. Yang penting saya perlu ambil ibrah (pengajaran) dari sikap2 positif yang ada dalam diri Maa.
 
Lastly, boleh tk saya fikir, if saya ada anak, saya nk suruh dia membesar di kg. Nak suruh dia tinggal dengan Mek, sbb rumah Mek sebelah rumah Maa. Saya tk pasti betul ke saya nk buat apa yang saya fikir ni....bagi saya kanak2/remaja yang membesar dengan orang lain lebih prihatin ttg masalah orang lain berbanding dengan kanak2/remaja yang membesar dengan ibu bapa sendiri kerana mereka kurang dimanjakan. Cthnya...Rasulullah s.a.w yg dibesarkan oleh datuk & pakciknya. Tradisi tradisional Arab dahulu kala juga menghantar anak2 untuk dibesarkan di kg2 supaya anak2 itu membesar menjadi lelaki sejati (mesra dengan alam, cergas dsb). Mungkin ada betulnya kerana ibu Maa saya pun meninggal semasa dia masih kecil dan dia pernah tinggal dengan pakciknya. Saya sendiri juga dibesarkan oleh arwah Ayah Od (Pakcik) dan Mek (makcik).
 
Ok, anak saya nnti mungkin namanya 'Aisyah NurKhadijah kerana saya suka sgt nama 'Aisyah yang maksudnya "Hidup Bahagia', lagipun Mek saya nama Esah, jadi dekat2 la tu Esah dengan 'Aisyah. Khadijah pula kerana arwah makcik saya nama Siti Khadijah, jadi saya rindu sgt dgn makcik saya yg meninggal semasa zaman2 dia masih kanak2 itu kerana satu family diserang taun, yg terselamat adalah arwah Datuk, Ayah Od dan Ayah saya. Dan nama ini tentulah kerana cinta saya kepada tunggak utama perjuangan Rasulullah iaitu Khadijah r.a dan Aisyah r.a. Jika lelaki ada 2 nama kegemaran saya, sebenarnya sebelum ini byk, tetapi akhirnya bila difikir balik dua ini paling sesuai kot, iaitu Usamah dan Hassan. Jauh saya berfikir, siap dgn nama anak lagi, padahal kahwin pun belum...:). Susunan Allah adalah susunan yang terbaik...:)

Alhamdulillah....syukur lagi...:)

Salam...
 
Syukur kerana atas nikmat penglihatan....Indahnya bunga mawar ini.
Saya panjatkan lagi syukur ke hadrat Allah atas nikmat2 Nya ke atas saya. Nikmat apa? NikmatNya yang amat luas dan tidak terhitung. Mungkin orang yang melihat saya berfikir tiada apa yg istimewa dgn diri saya...kulit tidak putih, seorg yg pendiam, background family sgt biasa, masih belum berkahwin.....the lists will go on..
 
Amat buruk bagi orang yg suka melihat dirinya dari aspek negatif....cthnya dari segi paras rupa. Tidak ada apa pada paras rupa, kulit putih melepak, putih merah, kuning langsat dan sbgainya. Saya amat termotivasi bila mengetahui Siti Hajar yg mulia itu turut berkulit gelap dan kurang cantik berbanding dgn madunya Siti Sarah. Siti Hajar wanita tabah, penyabar, yang dimartabatkn Allah utk merintis pembukaan kota suci Makkah. Sejarah kecekalan dan kasih sayang beliau yang berlari-lari sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan bukit Marwah untuk mendapatkan air minuman untuk anak beliau Nabi Ismail juga diabdikan dalam saie semasa ibadat haji.
 
Kelebihan merupakan anugerah Allah kepada orang tersebut, tetapi jika Allah tidak kurniakan kepada kita janganlah kita bersedih....take it positive. Saya percaya orang yang positive dan sentiasa bertawakkal kepada Allah, insyaallah hidupnya ceria dan bahagia walaupun dia yang biasa2 shj.
 
Huhu....sudah kekeringan idea utk menulis, cuma pointnya di sini saya ingin mengajak diri saya dan anda semua bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada kita semua..:)
 
Wassalam.
 
Note : Back dated post yg ditulis a few day b4 raya Haji, disambung semula slps pulang dari kg.
 
 

Friday, October 12, 2012

Biarkan aku bermuhasabah sendiri

Biarkan aku bermuhasabah sendiri untuk memilih jalanku sendiri, memilih bukan kerana terpaksa, bukan kerana simpatik, bukan kerana malu, bukan kerana nama, tetapi memilih kerana cinta, kerana kefahaman, kerana ketulusan hati dan kerana Allah.....Ya Allah, tunjukkanlah aku jln2 Mu, jgn jadikan aku beban kpd manusia lain di dunia ini dan jauhkan aku dari azab nerakaMu.Sesungguhnya aku tidak sanggup masuk ke nerakamu walaupun sedetik.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 4, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.6

Usah paranoid jika belum bertemu jodoh

Salam,
 
Pertamanya, saya tk pasti apa maksud paranoid, mungkin maksudnya terlalu takut. Sebenarnya, tajuk ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri. Usahlah takut, it is ok. Allah mungkin masih belum atau tidak akan mengurniakn nikmat itu utk kita tetapi ingatlah nikmat2 yg lain spt kepintaran, harta, pekerjaan yg baik, nikmat berjln2 di negara org dan yg paling besar tentulah nikmat Islam dan iman.
Manfaatkn waktu bujang untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Masa yg byk dan duit yg ada blh kita manfaatkn utk keluarga kita dan masyarakat. Cthnya: Hujung tahun bawak adik2 bercuti. Blh juga dimanfaatkn utk ummat Islam yg lain cthnya infaqkn kpd NGO Islamic, belanja officemates, belanja adik2 usrah dll. Mungkin ada lebih masa juga untuk membaca tafsir Quran dan buku2 agama lain, cthnya saya blh membelek2 tafsir fizilal Quran. Jadi offsetlah, waktu remaja mungkin saya tkde kesedaran utk mendalami kitab2 tersebut, alhamdulillah tahun ni tk kawin lg, jadi adalah peluang lagi untuk mendalaminya stakat mn yg termampu.
 
Kesimpulan kt sini bersyukurlah dgn apa yg Allah kurniakn kpd kita.
  1. Jika kita telah berkahwin bersyukurlah atas anugerah Allah itu kerana kita telah mendpt seorg qawwam (pelindung). Ar-rijal qawwamu 'ala nisa-lelaki itu pelindung bg seorang wanita.
  2. Jika telah bercerai-mungkin itu lebih baik untuk kita.Muhasabahlah, pasti ada hikmah di sebalik penceraian itu.
  3. Jika masih bujang seperti saya-bersabarlah kerana itu susunan Allah yg terbaik untuk kita. Muhasabahlah, pasti ada hikmahnya di sebalik setiap susunan Allah itu.
Para bujang semua, jangan menjeruk rasa ye. Just enjoy your short life in this temporary world. Enjoy your life but in Islamic manner k. Mungkin tips di bawah berguna untuk si bujang.
  1. Jika berduit, pergilah bercuti di dlm dan luar negara dgn keluarga atau rakan perempuan anda. Mengembara blh menyihatkn dan meluaskn fikiran. Saya rekomen anda simpanlah duit untuk melihat alam ciptaan Allah yg luas ini. Rancang cuti tahunan anda juga k.
  2. Involve dgn masyarakat terutama bg yg tinggal jauh dari keluarga dan kampung. Seperti saya, asal Kelantan tp kerja di Miri. Untuk involve dgn masyarakat, saya ikut prog NGO Islamic.
  3. Balancekn career dan personal life. Walaupun anda si bujang, saya cadangkan anda tidak workholic sgt k. Life is more than stuck on your square cubicle...:)
  4. Tidak workholic, tp jgn joyful sgt. Start to aim high from the 1st day of your working life. Be responsible in every task given, ingatlah if boss tk tahu tp Allah tahu jika kita buat sambil lewa.
  5. Jika masih mempunyai ibu ayah, adik2, anak sedara, sepupu sepapat, inilah masa wahai si bujang untuk berbakti kpd mereka. Sekali sekala, bwklah adik2 pergi shopping ke, main bowling ke. Bwk mak ayah mkn2 ke. Peluang sebegini agak limited untuk dilakukan oleh org yg telah kawin kerana kesuntukan masa dan tanggungjwb kpd suami dan anak.
  6. Treat yourself, you know how to treat yourself, kegemaran setiap org berbeza. Tapi sy ingin ingatkn ianya mestilah within syariat Islam. If saya, sy suka treat myself dgn beli pinggan mangkuk yg cantik.
  7. Masa utk tmbh ilmu -Sy tgh belajar menjahit...:)
Nmpknya setakat ini dulu. Wassalam..:)

My trip to Ho Chi Minh

Salam...

A lot of sorry kerana kelalaian untuk hapdet blog. On 15/9 - 19/9, I was on a trip to Ho Chi Minh city with Cinet and Makcik Ena. It was very refreshing trip....luv it so much. We shopped at Benh Tanh market, mekong river. We also went to Chu chi tunnel, post office. We also went to tailor to sew new trousers. Quite amazing the tailors there can finish our booking by one day.

Vietnam taught me how to be strong and survival..:). I also learnt a lot from my travel buddies, Cinet and makcik Ena. So excited when meeting Melayu Muslim Champa there. Yeah...it was make me refresh my history subject again. Kerajaan Champa....rupa2 nya di Ho Chi Minh.

Can write more due to limited time.

Published with Blogger-droid v2.0.6