Thursday, August 30, 2012

Antara watak Adam, Nicholas & Jonathan

Salam...
Seperti yg saya tulis baru2 ini, saya terpukau dgn penulisan Ustaz Hasrizal dlm travelog tarbiah beliau, Di Hamparan Shamrock : KuSeru Nama-Mu. Pagi ini saya bermuhasabah sendiri yg saya akan memilih watak Adam untuk kehidupan saya. Knapa? Adakah kerana namanya yg Islamic?
 
Jawapannya : Bukan kerana itu.
 
Adam adalah seorang lelaki berbangsa Irish yg revert (memeluk Islam) setelah beliau dan dua orang lagi rakannya mengembara mencari erti hidup. Penggembaraan mereka telah membawa mereka sampai ke Turki. Di Turki mereka telah melihat dua golongan iaitu golongan yang dekat dengan Islam yg sebenar dan yang jauh dengan Islam. Golongan yg dekat dengan Islam telah mengajar mereka erti sopan santun, akhlak yg indah serta tujuan hidup. Sedangkan pada golongan yang jauh dengan Islam, mereka tidak melihat sebarang ketenangan dan keistimewaan pada golongan ini.
 
Lalu, setelah pulang ke Ireland mereka bertiga telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertekad untuk menjadi Muslim yang sebenar. Jonathan telah mengambil keputusan untuk pergi berjihad di Bosnia dan akhirnya beliau syahid di medan jihad...moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mujahid ini....Ameen. Nicholas pula telah mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama di Yaman. Bagaimana pula dengan Adam????
 
Adam seperti yang dia janjikn kepada dua sahabatnya, beliau mengambil tugas untuk menjaga kedua-dua ibubapa Jonathan dan Nicholas. Sehingga saat buku itu ditulis, ibubapa Jonathan masih belum mengetahui yang anaknya telah terkorban di rantau Balkan..Adam sering melawat ibubapa Jonathan dan Nicholas untuk menghilangkn rasa kesunyian mereka.
 
Kerana seorang Adam....orang lain dpt pergi berjihad...dpt pergi mendalami ilmu agama. Bukankah betapa mulianya peribadi seorang Adam?
 
Dalam situasi saya sekarang yg kehilangan maid, saya harus menjadi seperti Adam yang meluangkan usianya demi warga tua....a very tender heart of Adam, tak sangka ada lelaki Irish seperti Adam kerana di fikiran saya lelaki barat adalah kasar dan materialistik.
 
Kehilangan maid?? Maid saya yg saya beri cuti sempena hari raya Aidilfitri baru2 ini tidak pulang2 ke Miri, sepatutnya pulang 2 hari lepas. Saya tidak dpt menghubunginya kerana rumahnya jauh di pendalaman Kalimantan, Indonesia. Saya cuba menghubungi kakaknya dan agen yg membawanya ke Miri, namun jarak rumah mereka jauh dengan rumah maid saya.....mungkin dia tidak akan pulang lagi, mungkin dia lebih mencintai kampung halamannya....biarknlah dia,mungkin hal ini ada hikmah untuk saya.
 
Untuk menjadi Adam, dalam masa terdekat ini saya perlu korbankn dua perkara iaitu percutian ke Vietnam pada 16 september ini. Saya bercita2 tinggi untuk ke Vietnam iaitu untuk belajar ttg new culture, untuk mengutip pengalaman di tempat orang demi mengaplikasikannya dalam kehidupan dan dlm dakwah & tarbiyyah....Ianya bukanlah sekadar perjalanan kosong tetapi ianya diniatkn kepada Allah dan Rasul. Juga untuk bermusafir dgn seorg sahabat yg bakal menamatkn zaman bujangnya pada tahun hadapan....Namun untuk menjadi watak semulia Adam, percutian itu harus dikorbankan.
Saya juga harus mengorbankn muktamar tarbawi yang akan diadakan pada minggu ke3 bulan september nnti. Tiketnya sudah lama saya beli dari website Airasia.....
 
Sms jemputan raya Ikram Miri, tugasan membersihkan pejabat ikram miri dan tugasan memasak kuah kacang bersama2 ahli usrah lain juga saya biarkan sepi tidak berjawab....akhirnya saya mendpt sms lain dari naqibah saya bertanyakn samada saya dpt tk sms di atas?....Ucapan afwan saya tulis kerana ketidakmampuan saya untuk hadir dan menjalankn tugas yg diberi. Kini tugas tergalas di bahu ahli2 usrah yg lain...
 
Hanya satu perkara yg saya sempat lakukn iaitu mengajak adik2 usrah saya untuk dtg usrah dan beraya pd esok petang...namun masa depan saya di medan D&T agak pudar...untuk memberi kita harus menerima, bagaimana untuk menerima jika masa mu dihabiskan di rumah, di sisi bonda yang menatangmu bagai minyak yg penuh??
 
Namun saya yakin Allah itu Maha Adil, percaturanNya adalah percaturan yg terbaik. Kita berD&T untuk mendpt redha Allah dan Rasul, tetapi terdpt hadis Rasulullah yg menyuruh seorg pemuda tidak menyertai medan jihad kerana pemuda itu mempunyai ibubapa yang sudah tua. Juga kisah Uwais bin Qarni yg doanya plg makbul, seorg yg terkenal di kalangan penduduk langit kerana beliau merupakan seorang anak yg taat kpd ibunya.
 
Kenapa saya perlu jadi seperti Adam? Kerana saya seorang wanita yang berusia 28 thun yg diberi tugas oleh Allah untuk menjaga ibu saya, seorang balu kematian suami pada awal Muharram tahun lepas...tugas yg mulia dan bonda amat2 mengharapkn saya, jika dia tidak mengharapkn saya masakan dia sanggup mengembara beribu-ribu batu dari Pasir Mas ke Miri.
 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas didikan arwah ayah dan bonda, syukur atas pengalaman lalu dan syukur atas pengenalanku dgn D&T. Tanpa tiga perkara itu, aku tkkn sekuat dan seredha ini atas segala ujian2 Mu.

Monday, August 27, 2012

Bersabarlah, kerana manusia semulia Rasulullah jg pernah diuji

Salam...

Bersabarlah kamu dlm keimanan, bersabarlah kamu dlm mengerjakan ibadah. Rasulullah s.a.w sendiri pernah diuji selama 10 tahun di kota kelahiran baginda, kota Mekah. Baginda tetap bersabar....kesabaran itu akan menjadikan kamu insan yg lebih baik selepas kamu berjaya mengharungi segala dugaan tersebut.

Baru2 ini saya membaca karya Ustaz Hasrizal yg berjudul, Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu.Tk sangka ustaz juga diuji dgn begitu hebat semasa menuntut di Jordan, kemudia bekerja mencucu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan tahun ini bulan pembersihan hati

Salam....

Seperti tajuk di atas, hari ni pd 26 ramadhan 1433 H, saya bersyukur sgt kerana Allah telah membersihkn hati saya. Terasa berlapang dada. Pembersihan hati yg mcm mn? Sy mendpt berita seorg kwn lelaki sy (lelaki A) akan mendirikn rumah tangga pd hari raya ni dan berita seorg kwn lelaki yg lain (lelaki B) telah mendirikn rumah tangga beberapa tahun lepas. Lelaki A pernah menaruh harapan kpd sy, tetapi kerana perbezaan minat dan prinsip hidup saya tidak dpt menerima dia.

Lelaki B pula adalah kenalan sekolah yg pernah saya fikirkn. Tidak pernah berjumpa selepas tamat sekolah namun mungkin kerana ada sedikit persamaan dari karakter, jd he ever crossed into my mind. Sy tak tahu knapa pg ini saya tergerak hati utk mencari maklumat ttg lelaki B through google. Then...?? Melalui sebuah blog saya membaca sebuah catatan yg menulis rupa2 nya dia telah mendirikn rumah tangga beberapa tahun lepas...:). Disaat itu juga, saya bersyukur tetapi sedikit menyesal kerana berfikir ttg dia tanpa menyiasat tentang dirinya terlebih dahulu.

Saya menceritakn tentang kisah di atas bukanlah untuk menyokong kisah2 cinta dsb, namun untuk berkongsi dgn muslimah di luar sana tentang fitrah wanita, tentang ketentuan Allah dan bagaimana kasih sayang Allah  memberi cahaya petunjuk untuk menjaga daie agama-Nya dari masalah hati.

Hari ini, insyaallah saya dpt berlepas diri dari masalah hati ini. Berhari raya dgn hati yg lebih bersih dan hidup dgn lebih fokus utk mencari redha-Nya...:)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 6, 2012

Akhlak yang baik bisa menerbitkan karisma diri

Assalamualaikum...

Setelah jauh berjalan melihat suasana hiruk pikuk manusia, saya dapat membuat sedikit kesimpulan iaitu akhlak yang baik akan bisa menjadikan orang kagum dengan kita. Bisa menerbitkan karisma diri. Akhlak yang saya maksudkan di sini adalah membuat orang lain rasa welcoming bila mereka tetamu kita ataupun bila pada pertemuan pertama. Pada pemerhatian saya, ikhwah dan akhawat perlu meningkatkan atau menyemaikan lagi sikap ini dalam diri masing2....saya pun tidak pasti komen saya ini betul atau tidak. Untuk diri saya sendiri pula, kadang2 saya rasa saya terlalu skema in welcoming guest. Tidaklah saya maksudkan untuk welcoming tetamu perlu melanggar batas2 syariat Islam, tetapi yang saya maksudkan di sini adalah masih2 dalam batas2 Islam seperti concern more about others.

Baru2 ini saya telah menghadiri dua aktiviti pejabat yang kedua2 nya dikendalikan oleh org yang tidak mengikuti tarbiyyah (satu oleh non-muslim dan satu lagi oleh pemuda yang lahir sebagai muslim tetapi mengamalkan cara hidup western). Saya amat tertarik dengan sifat concern more yg mereka tonjolkan. Tolong angkat beg, menyediakan peralatan keselamatan, keep asking if we have any problem. Hrmm...okla sbb yang bertanya tu berlainan gender (lelaki), biasanya saya segan nak bertanya bila berlainan gender or kadang2 sama gender pun rasa segan if tk kenal. Bila fikir balik tidak apa yang perlu disegankan, malah sikap begitu menampakkan seseorg itu concern more about others dan ianya boleh menbuatkan tetamu rasa welcoming dan menyerlahkan karisma org yg memberi tolong. First apa yang orang tengok ialah akhlak kita terhadap orang lain, orang tak tengok whether tudung kita labuh atau tak, orang tak tengok kita hafal quran atau tak, orang tak tengok whether ilmu agama kita penuh di dada atau tk....walaupun semua itu amat penting. Jadi, saya rasa untuk menarik orang ke arah Islam, daie (terutama saya sendiri yang selalu skema) perlu lebih dinamik, perlu lebih concern, perlu lebih berkarisma bukan tenggelam dalam keskemaan...;). Perlu lebih banyak berdoa dan solat malam agar Allah menolong saya untuk menjadi lebih berkarisma.

Perlu break the ice, saya yakin Islam itu agama yang mengambil berat tentang org lain. Jadi buat diri saya sendiri dan ikhwah/akhawat di luar sana, marilah kita pupuk sikap mengambil berat tentang orang lain terutama tetamu yang datang ke program2 kita, officemates2 kita, jiran2 kita, kawan2 kita dan ahli keluarga kita. Jika non-muslim atau orang yang tak ikut tarbiyyah boleh sebegitu dinamik dan berkarisma, daie kena lebih lagi kerana mengambil berat tentang orang lain adalah suruhan Allah dan sunnah Rasulullah, selepas orang itu tertarik dengan kekarismaan seorang daie, maka lebih mudahlah orang2 tersebut untuk melihat keindahan Islam. Mungkin karisma inilah yang ada pada sahabat Rasulullah yang bernama Mus'ab bin Umair r.a dan Jaafar bin Abi Talib r.a.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia menghormati jirannya, barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tamunya"

HR Bukhari & Muslim