Sunday, January 29, 2012

Tok Janggut

copy paste from http://dupahang.wordpress.com/2011/09/02/tok-janggut-hj-mat-hassan/

Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka
Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal!
Mungkin ada yang kurang faham sejauh mana peranan Haji dalam kebangkitan masyarakat menentang penjajah. Untuk melihat impak Haji ini kita kena terjun dan menyelami situasi masyarakat nusantara pada ketika itu. Haji ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat.(Acheh)

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:
“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Hebatnya pengaruh Haji ini sehinggakan British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan menyokong kerajaan British dalam peperangan!

Ringkasnya kita dapat simpulkan yang nama Haji Mat Hassan itu sahaja sudah cukup untuk menggerunkan British ketika itu!

Semasa dibangku sekolah dahulu, aku diajar yang kebangkitan Tok Janggut adalah disebabkan oleh cukai semata-mata. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pihak kementerian kerana hari ini fakta tersebut telah diperbetulkan!

Sultan Mansur merupakan Sultan Kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Mansur merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat. (Perhatikan kaitan Haji dan ulama!!!)

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana system ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu.

Apa undang-undang tanah tradisional Melayu?

Nah, buka mata anda. Ketahuilah semua bahawa undang-undang tanah tradisional Melayu adalah undang-undang tanah ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan system tanah baru sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Sahabat-sahabat sekalian, kalau sekarang ini bilamana PAS menyuarakan keinginan untuk melaksanakan Hudud, kala itu sudah ada penyokongnya kerana mereka sudah tahu keberkesanannya. Apatah lagi reaksi masyarakat yang ketika itu sememangnya HIDUP di bawah perlaksanaan hukum Islam(Zaman Sultan Mansur), lalu tiba-tiba ingin dihapuskan! Maka ketahuilah sahabat-sahabat semua, perjuangan Tok Janggut dan kawan-kawan bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Saat itu menyaksikan rakyat membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli. Kampung Cherang Tuli merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKAN penentangan cukai semata-mata, tapi PENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Isu 3: Kebangkitan peribadi
Terima kasih kepada Prof Nik Anuar Nik Mahmud di atas kupasan yang cukup menarik dalam isu ini. Mungkin ada yang mengatakan kebangkitan Haji Mat Hassan ini lebih bersifat individu, kebangkitan untuk meraih kepentingan sendiri semata-mata. Atau mungkin ada yang berpendapat pemberontakan ini hanya berpunca dari kekecewaan pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya.

Aku ingin bertanya:
Berapa usia Tok Janggut@Haji Mat Hassan ketika beliau memimpin penentangan ini?
Tok Janggut pada ketika itu berusia 65 tahun. Ulangan, 65 tahun. Apakah seorang yang sudah berusia sanggup melawan British yang sangat berkuasa itu atas dasar kepentingan diri semata-mata? Bukankah harga yang perlu dibayar dengan menentang British jauh lagi MAHAL berbanding harga cukai tinggi yang dikenakan!
Harga sebuah perjuangan!
Harga sebuah perjuangan?
Click this bar to view the full image.

Sahabat,
British punya angkatan tentera yang tidak usah dicerita akan ramainya. Punya puluhan kapal-kapal perang yang sedia membedil mereka-mereka yang membuat angkara.
Tapi mereka yang memberontak di Pasir Puteh ini memiliki apa?
Mereka tidak ada kapal perang.
Mereka tidak ada bedil-bedil atau senapang-senapang secanggih askar British.
Mereka tidak punya angkatan tentera yang ramai.
TAPI MEREKA MEMILIKI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH!!
Semangat inilah yang dibuktikan oleh Khatib Abu Bakar yang berdepan dengan tentera Inggeris berbangsa Sikh tanpa rasa gementar dan takut sedikit pun. Beliau hanya bersenjatakan sebilah golok!
Pemberontakan di Pasir Puteh ini adalah sebagai satu respon di atas tindakan British yang kurang ajar. Ia hanya bersifat lokaliti semata-mata dan tidak tersusun.”

Aku MENOLAK pendapat ini atas beberapa alasan:
1. Seruan Jihad
Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914. Pemberontakan Tok Janggut adalah pada 1915.

Jadi macam mana seruan jihad ini boleh sampai di Tanah Melayu? Pertama-tamanya, mari kita melihat siapa itu Haji Mat Hassan.

Tahukah anda Haji Mat Hassan pernah menuntut di Mekah dan berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Haji Mat Hassan pulang dari Mekah pada tahun 1910.(Rujuk tulisan atas untuk melihat apa yang terjadi di Kelantan pada 1910)
Siapa Syeikh Wan Ahmad? Beliau merupakan guru kepada hampir seluruh ulama nusantara ini! InsyaAllah aku akan mengupas berkenaan Syeikh Ahmad ini. Ringkasnya Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu iaitu Jami’yatul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.
Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani –> Tuan Haji Mat Hassan
2. Sebelum pemberontakan di Kelantan ini, telah berlaku beberapa siri pemberontakan:
1833, Vietnam(Champa) – Gerakan pembebasan oleh Katip Sumat. Tidak kenal Katip Sumat? Mari aku terjemahkan. Katip Sumat ini adalah nama yang telah mengalami evolusi, asalnya Katip Sumat ini merujuk kepada Khatib Abdul Samad!
Akhir abad ke-19, Indonesia – Cetusan gerakan kesedaran Gerakan Pan-Islamismee oleh Konsul Sadik Bey dan Duta Muhammad Kamil Bey.
1915, 15 Februari, Singapura – Askar-askar Indian Muslim dari pasukan 5th Light Infantry, di bawah pimpinan Haji Nur Alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa telah memberontak sebagai menyahut seruan jihad Turki Uthmaniyyah.
Sebenarnya 3 pemberontakan ini saling berkait antara satu sama lain. InsyaAllah akan aku ulas di tulisan yang akan datang.
3. Pemberontakan Singapura
Pemberontakan di Singapura menjadi topik perbincangan orang-orang Melayu di Kelantan. Calvert Wells, seorang pegawai British di Kelantan mencatatkan:
“…the Malays in Pasir Mas were said to be discussing the Singapore comutiny before the news was known to the Kelantan Government.”
4. Usaha British
Selain dari memaksa Sultan mengeluarkan titah untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya, British juga mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.
Bantuan asing itu merujuk kepada siapa? Fikir-fikirkan!
5. Waktu pemberontakan berlaku
Pemberontakan yang dipimpin oleh Tok Janggut ini berlaku pada bulan April. Apa yang uniknya bulan April ini?
Kebiasaanya, pada bulan April, padi telah dituai. Masyarakat pada bulan ini dan beberapa bulan seterusnya hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan mengutip hasil-hasil hutan. Maka dengan kata lain, gerakan pada bulan ini tidak akan membantutkan perkembangan ekonomi masyarakat setempat! Adakah ini masih lagi belum menunjukkan ketersusunan gerakan ini?
Cantiknya sewaktu pemberontakan ini berlaku, pentadbiran colonial di Kelantan sedang berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya adalah masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan gaji kakitangannya tertunggak beberapa bulan.
7. Sultan yang misteri
Walaupun dijelaskan yang Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah supaya rakyat Kelantan menyokong British, namun itu hanya dibuat atas dasar keterpaksaan. British tidak mempercayai Sultan Kelantan, lantaran itulah British bertindak mengerahkan askar mereka untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Asalnya, urusan pemberontakan ini diminta diselesaikan oleh Sultan.
Sultan Muhmmad pernah mengatakan tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British. Tentera Jerman adalah sekutu Turki!
Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British!
Nah, sudah terang lagi bersuluh akan keteraturan gerakan ini sebenarnya. Pernah dahulu aku menulis tentang Grand Design pemberontakan menentang penjajah. Maka artikel ini mengupas sedikit sebanyak mengenai Grand Design ini. Sesungguhnya gerakan menentang penjajah di Nusantara ini bukanlah gerakan yang semborono tanpa melibatkan perancangan yang teliti, cuma kita sahaja yang buta! Buta kerana sejarah kita ditulis untuk memenangkan satu pihak sahaja. Sejarah kita ditulis untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu sahaja.”

Program Qiyam Jamaie

Semalam...aku menghadiri Qiyam Jamaie di RZ. Tapi aku tidak berqiyam pon kerana bondaku seperti keberatan kerana aku meninggalkannya seorg diri di rumah. Biarpun ada pembantu, tp dia tidak yakin jika ada emergency pembantuku blh diharap utk contact polis, hospital dsb. Sedih sebenarnya kerana tidak dpt berqiyam sama kerana aku tahu qiyam akan memberi kebaikan atau nilai tambah kpd diriku. Nilai tambah??? mungkin para pembaca masih belum faham maksudku, biarku berikan cth. Cthnya, kita ingin cantik dan marketable, so kita buat mcm2 utk cantik, cthnya mkn vitamin C, pergi spa, bersenam, minum air masak slps bangun tidur. Untuk jadi marketable plak kita pergi majlis2 sosial, ke hulu ke hilir ikut kawan2 semata takut ditinggalkan kwn, takut outdated dan sebagainya. Sebenarnya qiyam juga adalah aktiviti utk kita nmpak cantik dan marketable jgk sbb dengan qiyam, hati jadi bersih, jauh dari penyakit hati. Hati yang bersih akan memancar serinya pada wajah dan kepetahan pada bicara...hehehe. Tapi tkpela, aku berkorban minatku dan cita2ku demi kebahagiaan bondaku kerana bondaku tidak bisa memahami nilai tambah yg ada pada Qiyam Jamaie kerana hikmahnya tidak dtg dlm bentuk kesenangan dunia yg blh didapati dlm sekelip mata.

Jadi berbalik kepada Qiyam Jamaei, oleh kerana tidak berniat utk berqiyam kerana menjaga hati bonda, jadi aku pergi mendengar pengisian shj dan balik pada jam 10.20 mlm..Tazkirah disampaikan oleh Ukhti Az-zahra tajuknya bersegera melakukan amal kebaikan. Tazkirahnya sangat menarik...nanti lah aku crita lagi, mataku sudah penat menghadp laptop dari td. Ingin rest sambil hafal surah Al-Qiyamaah.

Perjalanan Mengikat Ukhuwwah ke Lambir

Pertama-tama nya syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah memberi kekuatan kepada diriku yg kerdil ini untuk membawa adik2 Uni Curtin ke air terjun Lambir, 2 trips. Trip pertama pada 24th Jan (Cuti CNY), trip kedua adalah semalam (28th Jan). 22 orang semuanya. Sempat juga mengajak 3 org officemate utk ikut serta, namun 2 orang yang dpt menghadirkan diri kerana seorg lagi ada urusan lain.

Perjalanan atau program sebegini sudah pasti mentarbiyyah diriku dari banyak sisi kehidupan. Bijak merancang, byk bersabar dsb. Namun yang aku paling appreciate ialah latihan untuk menjadi lebih peramah dan latihan bergaul dgn org ramai kerana aku adalah seorang yg kurang peramah dan jenis tk pandai bergaul dgn orang.

Semasa ice breaking ada satu soalan istimewa ditanya kepada setiap orang. Apakah keistimewaan diri anda?? Ahha...sudah, aku tk tahu nk jawab apa. Mungkin kerana CPU mindaku tidak cukup pantas bekerja utk menjawab soalan2 seperti itu...Hehehe. Fikir2 punya fikir, dptla ilham untuk menjawab "Saya istimewa kerana saya minat menulis blog", padahal dh lama tk tulis blog (sessi 1), "Saya blh buat cheesecake", dlm hati padahal cheesecake biskut jek... (sessi 2). Hehe....dua2 perkara ini tkde la istimewa pon, tp sbb tk tahu nk buat apa, so jwb la mcm tu.

Thursday, January 26, 2012

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH

Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj

Tip no. 1 – Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 – Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 – Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 – Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 – Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 – Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 – Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 – Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals’ – menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 – Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 – Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi bersama

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 – Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu! ca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran – di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 – Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan’ dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt’ @ `take home messages’ yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian – siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 14 : Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka – agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 15 – Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 16 – Ceduklah sebanyak pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yg dikau kendalikan. Yakinlah, sebenarnya engkaulah yg lebih memerlukan sesi usrah utk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah , gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli2 usrah mampu `mendidik’ naqib & naqibah mereka. Bertuahlah ahli2 usrah yg mempunyai naqib/naqibah yg sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing2!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 17 – Sabarlah dalam mengendalikan setiap sesi usrahmu. Tak tergambar besarnya ganjaran yg bakal menanti naqib/naqibah yg mampu membuka mata, telinga, hati dan akal ahli2 usrahnya – utk menghayati sebuah fikrah yg sejahtera & kembali menyusuri fitrah yg mulia. Ikutilah teladan Nabimu – mengharap ganjaran bukan dari manusia. Teruslah gigih beristiqamah tanpa jemu, sesungguhnya Allah SWT sedang melihat & memerhatimu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 18 – Pelajarilah teknik memberi maklumbalas terbaik utk ahli2 dalam sesi usrahmu. Mulakan dengan maklumbalas positif & penghargaan lebih dahulu, barulah nantinya disusuli dengan teguran & nasihat.Seringkali, maklumbalas negatif lebih baik disampaikan secara bersemuka, bukannya secara terbuka. Namun pujian biarlah didengar oleh semua. Hargai seorg dua ahli setiap sesi, mengikut giliran hingga semua sudah merasa dipuji. InsyaAllah, mudahlah nanti mereka menerima teguran sekiranya ada yg tersilap kata dan perbuatan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 19 – Tanamkan kecintaan ahli usrahmu kepada ilmu pengetahuan. Tanyakan mereka apakah buku yang sedang menjadi bacaan. Luangkan sedikit masa utk berbincang mengenai hal ehwal semasa – dalam dan luar negara. Buat rumusan dan kesimpulan, selaras dengan fikrah yg dibawa. Suntiklah semangat ingin tahu yg tinggi – bukankah kita sedang membina takungan pemimpin bertaraf dunia?

Monday, January 23, 2012

Rose 2 Rose (R2R)

Alhamdulillah, atas rahmat Allah dan kasih sayangNya, saya diberi kekuatan olehNya untuk mengisi masa saya dengan aktiviti berfaedah. Ptg smlm, pukul 2 ptg saya menghadiri program Rose2Rose anjuran Ikram Miri di pejabat Ikram Miri. 2 org speaker dijemput dari KL untuk menyampaikan pembentangan dan taklimat R2R, kedua-duanya bersemangat dan sgt petah berbicara sampai saya sgt mengagumi mereka. Terasa kerdil juga sbb saya emcee for that event, tapi saya tidaklah sepetah mereka..:)

Sempat juga saya mengajak officemate saya untuk hadir bersama di program semlm. Happy kerana mereka ikut serta dan turut bersemangat sepanjang program. Moga program smlm bermanfaat utk mereka. Hrmm....pejabat Ikram penuh sesat smlm dgn akhwat dari Miri dan Sibu, semuanya muda2, awal 20-an. Saya gembira sekali kerana melihat masa depan Islam yang cerah kerana adanya pemuda2 yg lurus.hanif dan bersemangat.
Alhamdulillah, semalam Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada saya untuk menghadiri satu majlis ilmu. Hanya satu page je saya salin...huhu. Namun, insyaallah keseluruhan points saya dpt fahami. 

Ada sebuah hadis yang saya betul2 salin word by word kerana saya rasa ianya penting dengan situasi saya skrg.

"Seorang Muslim apabila dia menggauli manusia dan bersabar dengan karenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang Muslim yang tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan mereka"
Hadis Riwayat At-Tabrani