Wednesday, November 21, 2012

Sibukku ke laut

Salam....

Aku bermuhasabah sendiri....mengapa dan kenapa? Akhirnya, aku menerima hakikat ianya pasti ada hikmah. Untuk berhenti dari syarikat P, mmg daku boleh berhenti dan cari kerja lain yang lebih senang, lebih feminin...hrm may be blh buka kelas Iqra', jadi tukang jahit (masih belum pandai 100% lagi, tp blh jd one of the option). Lagipun, aku tidak kisah gaji sedikit. Namun soalnya, ini amanah negara, amanah ummat Islam, aku harus menggunakan kelebihanku sebagai penjawat di syarikat P untuk kebaikan Islam.

Jika diberi pilihan tiada perempuan yang sanggup bersusah payah ke laut berseorangan demi mencari rezeki, ombak menghentam2 bot yang kami naiki, bukan bot mewah tapi bot biasa2 shj, kena bergayut macam tarzan untuk buat boat transfer, dipanah panas mentari, turun naik tangga platform. Semasa online survey syarikat P begitulah maklumbalas ku....this field is not suitable for women...bla...bla seperti di atas ye dan byk lagi ayat tambahan...hehe. Harap2 ada org ambil kisah on my comments. Tiada muslimah juga yg ingin berada di situasi itu kerana pada pandanganku muslimah tahu limit hubungan lelaki dengan perempuan dan muslimah tahu fitrahnya. Namun, is today world care about all this?? I think today world not really concern. I would like to be there because I need to take care of 'amanah' negara/ummah. Saya layak untuk berada di situ walaupun saya perempuan yg lemah kerana I have the right attitude. Lately, I pray a lot to Allah, "Ya Allah, kurniakanlah rahmat terhadap hamba-Mu dan guide her in everything she does".

Satu hadis yang menjadi pembakar semangat saya ialah sebuah hadis yang dicatat oleh ‘Adi bin Hatim r.a. dalam Sahih al-Bukhari yang bermaksud: “Akan berlaku seorang wanita yang bermusafir keluar dari al-Hira’ menuju ke Kaabah dan suaminya tidak bersamanya.”

No comments:

Post a Comment