Saturday, June 21, 2014

Apapun masalah kita, kita perlu bangkit!

Assalamualaikum and very good day,




Saya ingin mengambil sepotong ayat Quran sebagai sandaran terhadap setiap ujian yang melanda diri kita.




Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(QS Al-Ankabut:2-3)


Ujian & tingkat keimanan berkait rapat. Selagi kita tidak diuji, kita tidak akan tahu setakat mana tahap kemampuan kita untuk menghadapi ujian itu.


Ujian mungkin boleh menjadikan diri kita bercelaru, murung & banyak berfikir. Begitulah saya, disaat saya diuji dengan pelbagai ujian seperti masalah dengan rumah yang baru dibeli, masalah dengan pemaju, masalah di tempat kerja dsb. Jadual rutin seharian terganggu, banyak tugas2 seharian diabaikan seperti lupa memberi ibu saya makan ubat ikut jadual, sering terlewat sampai di pejabat, rumah bersepah2 sebab tiada mood nk kemas rumah. Setelah segalanya berlaku....saya istighfar panjang atas kekhilafan saya yang tidak mampu menghadapi ujian baru2 ni dengan baik. Berfikir dan bermuhasabah.....akhirnya saya cuba menghadapi kekurangan rumah yang baru dibeli dengan sabar sambil berusaha mendapatkan hak saya melalui surat aduan kpd pemaju....mungkin kalau tidak berkesan saya akan adukan kpd tribunal perumahan. Saya juga cuba mengemas dan menyusun atur apa yang boleh saya susun di rumah ini supaya ianya kelihatan kemas & barang2 murah diambil. Saya merancang untuk membaikinya sedikit demi sedikit jika pemaju tknk baiki seperti atap, longkang, bathroom & dapur.




It is more to do in life.....masa untuk bangkit!Setiap kali kita rasa hopeless, jangan lupa Allah sentiasa ada bersama kita.







1 comment:

  1. Salam akakkkkk...macam kene je jugak dgn saye skrg....tgh menyeru smgt bangkit...nak bgn senyummm dan just do it!! We know we can! Teeheeee...

    ReplyDelete