Thursday, August 30, 2012

Antara watak Adam, Nicholas & Jonathan

Salam...
Seperti yg saya tulis baru2 ini, saya terpukau dgn penulisan Ustaz Hasrizal dlm travelog tarbiah beliau, Di Hamparan Shamrock : KuSeru Nama-Mu. Pagi ini saya bermuhasabah sendiri yg saya akan memilih watak Adam untuk kehidupan saya. Knapa? Adakah kerana namanya yg Islamic?
 
Jawapannya : Bukan kerana itu.
 
Adam adalah seorang lelaki berbangsa Irish yg revert (memeluk Islam) setelah beliau dan dua orang lagi rakannya mengembara mencari erti hidup. Penggembaraan mereka telah membawa mereka sampai ke Turki. Di Turki mereka telah melihat dua golongan iaitu golongan yang dekat dengan Islam yg sebenar dan yang jauh dengan Islam. Golongan yg dekat dengan Islam telah mengajar mereka erti sopan santun, akhlak yg indah serta tujuan hidup. Sedangkan pada golongan yang jauh dengan Islam, mereka tidak melihat sebarang ketenangan dan keistimewaan pada golongan ini.
 
Lalu, setelah pulang ke Ireland mereka bertiga telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertekad untuk menjadi Muslim yang sebenar. Jonathan telah mengambil keputusan untuk pergi berjihad di Bosnia dan akhirnya beliau syahid di medan jihad...moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mujahid ini....Ameen. Nicholas pula telah mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama di Yaman. Bagaimana pula dengan Adam????
 
Adam seperti yang dia janjikn kepada dua sahabatnya, beliau mengambil tugas untuk menjaga kedua-dua ibubapa Jonathan dan Nicholas. Sehingga saat buku itu ditulis, ibubapa Jonathan masih belum mengetahui yang anaknya telah terkorban di rantau Balkan..Adam sering melawat ibubapa Jonathan dan Nicholas untuk menghilangkn rasa kesunyian mereka.
 
Kerana seorang Adam....orang lain dpt pergi berjihad...dpt pergi mendalami ilmu agama. Bukankah betapa mulianya peribadi seorang Adam?
 
Dalam situasi saya sekarang yg kehilangan maid, saya harus menjadi seperti Adam yang meluangkan usianya demi warga tua....a very tender heart of Adam, tak sangka ada lelaki Irish seperti Adam kerana di fikiran saya lelaki barat adalah kasar dan materialistik.
 
Kehilangan maid?? Maid saya yg saya beri cuti sempena hari raya Aidilfitri baru2 ini tidak pulang2 ke Miri, sepatutnya pulang 2 hari lepas. Saya tidak dpt menghubunginya kerana rumahnya jauh di pendalaman Kalimantan, Indonesia. Saya cuba menghubungi kakaknya dan agen yg membawanya ke Miri, namun jarak rumah mereka jauh dengan rumah maid saya.....mungkin dia tidak akan pulang lagi, mungkin dia lebih mencintai kampung halamannya....biarknlah dia,mungkin hal ini ada hikmah untuk saya.
 
Untuk menjadi Adam, dalam masa terdekat ini saya perlu korbankn dua perkara iaitu percutian ke Vietnam pada 16 september ini. Saya bercita2 tinggi untuk ke Vietnam iaitu untuk belajar ttg new culture, untuk mengutip pengalaman di tempat orang demi mengaplikasikannya dalam kehidupan dan dlm dakwah & tarbiyyah....Ianya bukanlah sekadar perjalanan kosong tetapi ianya diniatkn kepada Allah dan Rasul. Juga untuk bermusafir dgn seorg sahabat yg bakal menamatkn zaman bujangnya pada tahun hadapan....Namun untuk menjadi watak semulia Adam, percutian itu harus dikorbankan.
Saya juga harus mengorbankn muktamar tarbawi yang akan diadakan pada minggu ke3 bulan september nnti. Tiketnya sudah lama saya beli dari website Airasia.....
 
Sms jemputan raya Ikram Miri, tugasan membersihkan pejabat ikram miri dan tugasan memasak kuah kacang bersama2 ahli usrah lain juga saya biarkan sepi tidak berjawab....akhirnya saya mendpt sms lain dari naqibah saya bertanyakn samada saya dpt tk sms di atas?....Ucapan afwan saya tulis kerana ketidakmampuan saya untuk hadir dan menjalankn tugas yg diberi. Kini tugas tergalas di bahu ahli2 usrah yg lain...
 
Hanya satu perkara yg saya sempat lakukn iaitu mengajak adik2 usrah saya untuk dtg usrah dan beraya pd esok petang...namun masa depan saya di medan D&T agak pudar...untuk memberi kita harus menerima, bagaimana untuk menerima jika masa mu dihabiskan di rumah, di sisi bonda yang menatangmu bagai minyak yg penuh??
 
Namun saya yakin Allah itu Maha Adil, percaturanNya adalah percaturan yg terbaik. Kita berD&T untuk mendpt redha Allah dan Rasul, tetapi terdpt hadis Rasulullah yg menyuruh seorg pemuda tidak menyertai medan jihad kerana pemuda itu mempunyai ibubapa yang sudah tua. Juga kisah Uwais bin Qarni yg doanya plg makbul, seorg yg terkenal di kalangan penduduk langit kerana beliau merupakan seorang anak yg taat kpd ibunya.
 
Kenapa saya perlu jadi seperti Adam? Kerana saya seorang wanita yang berusia 28 thun yg diberi tugas oleh Allah untuk menjaga ibu saya, seorang balu kematian suami pada awal Muharram tahun lepas...tugas yg mulia dan bonda amat2 mengharapkn saya, jika dia tidak mengharapkn saya masakan dia sanggup mengembara beribu-ribu batu dari Pasir Mas ke Miri.
 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas didikan arwah ayah dan bonda, syukur atas pengalaman lalu dan syukur atas pengenalanku dgn D&T. Tanpa tiga perkara itu, aku tkkn sekuat dan seredha ini atas segala ujian2 Mu.

No comments:

Post a Comment