Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan tahun ini bulan pembersihan hati

Salam....

Seperti tajuk di atas, hari ni pd 26 ramadhan 1433 H, saya bersyukur sgt kerana Allah telah membersihkn hati saya. Terasa berlapang dada. Pembersihan hati yg mcm mn? Sy mendpt berita seorg kwn lelaki sy (lelaki A) akan mendirikn rumah tangga pd hari raya ni dan berita seorg kwn lelaki yg lain (lelaki B) telah mendirikn rumah tangga beberapa tahun lepas. Lelaki A pernah menaruh harapan kpd sy, tetapi kerana perbezaan minat dan prinsip hidup saya tidak dpt menerima dia.

Lelaki B pula adalah kenalan sekolah yg pernah saya fikirkn. Tidak pernah berjumpa selepas tamat sekolah namun mungkin kerana ada sedikit persamaan dari karakter, jd he ever crossed into my mind. Sy tak tahu knapa pg ini saya tergerak hati utk mencari maklumat ttg lelaki B through google. Then...?? Melalui sebuah blog saya membaca sebuah catatan yg menulis rupa2 nya dia telah mendirikn rumah tangga beberapa tahun lepas...:). Disaat itu juga, saya bersyukur tetapi sedikit menyesal kerana berfikir ttg dia tanpa menyiasat tentang dirinya terlebih dahulu.

Saya menceritakn tentang kisah di atas bukanlah untuk menyokong kisah2 cinta dsb, namun untuk berkongsi dgn muslimah di luar sana tentang fitrah wanita, tentang ketentuan Allah dan bagaimana kasih sayang Allah  memberi cahaya petunjuk untuk menjaga daie agama-Nya dari masalah hati.

Hari ini, insyaallah saya dpt berlepas diri dari masalah hati ini. Berhari raya dgn hati yg lebih bersih dan hidup dgn lebih fokus utk mencari redha-Nya...:)

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment