Saturday, October 27, 2012

Maa....Mixed Feelings

Assalamualaikum....
 
Maa (baca : Mama/Ibu/Mak). Sebagai seorang anak yang agak jiwang (hehe...), saya sering terfikir adakah wajah saya sama seperti wajah Maa saya. Saya sering tercari2 dalam diri saya, dimanakah persamaan saya dengan Maa saya, adakah dari segi paras rupa? adakah dari tingkah laku? adakah dari segi suara? Namun, tidak pernah ada orang cakap yang saya sama seperti Maa saya kecuali saya yang syok  sendiri...hehe. Saya tidak tahu kenapa saya berfikir begitu dalam, ingin sama dengan Maa...and sometimes saya ingin sama dengan Ayah juga. Cthnya : Saya kata saya sama dengan Ayah sebab kami sama2 suka mkn dragonfruit.
 
 
That thing continues terutama setiap kali saya pulang ke kg, baru2 ini saya memotong kuku Mek, selepas potong kuku Mek, saya tanya Maa...."Maa, mahu potong kuku jgk ke?". She said, "Maa tknk sbb malam". Kepercayaan org tua di kg kami, potong kuku malam tidak elok, blh bawa bala. Saya terus jawab, "Itu kepercayaan karut Maa, mana ada potong kuku mlm blh bawa bala,hanya Allah je yg bolh menurunkan bala". Saya berkata begini kerana keyakinan saya kepada La Hawla Wala Quwata Ilah Billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua/There is no power nor might except with/by Allah''). Maa agreed saya potong kuku dia. Selepas siap tangan, saya mahu potong kuku kaki, Maa tk bagi mungkin segan. Saya paksa jgk, akhirnya dia bagi.....Saya sedih kerana kedua-dua ibujari kaki Maa pecah2, hitam dan rosak teruk kerana kuatnya Maa bekerja untuk menyara keluarga. Maa, seorang wanita cekal, bekerja kampung, bertani dan sebagainya. Saya perhatikan dia tidak pernah kisah akan kecantikan dirinya, yang penting baginya get jobs/tasks done. MasyaAllah...kuatnya Maa dari segi fizikal dan mental. I never seen her with compact powder and lotion...I think she never has lotion.
 
Dalam hati saya sering terfikir..."Maa ni tk letih ke, dahlah sebelah tangannya tk berfungsi dengan baik kerana dia pernah menghidap strok. Alhamdulillah, stroknya pulih, cuma tangan yang sebelah itu masih tidak pulih sampai skrg. Bila saya compare dengan diri saya...hmm betul ke saya ni nak jadi pejuang/sukarelawan Palestin, Pattani, Rohingya dan sebagainya, sedangkan hidup tidak boleh penat sedikit. Tangan tidak boleh ganas2 or buat kerja kasar sedikit....Kalo dulu sebelum saya insaf lagi lah teruk saya ni, siap dengan contact lens bagai. Akhirnya, saya fikir kalau nk pergi berjuang/berperang, duduk dalam khemah, mcm mana nk cuci contact lens, bukankah rumit???Hehehe....sorry if this statement menyakitkn hati pemakai2 contact lens di luar sana. I didnt mean it, just my personal thought on myself. Akhirnya saya insaf....cantik bukanlah segala2nya. Ramai manusia tk cantik di dunia ini, tapi hidup bahagia dan yang paling penting cantik di sisi Allah. Lagipun, saya terfikir kalo dh tk cantik tu, pakai apa pun tk cantik jgk (either spek or contact lens). Ramai je org yg pakai spek cantik sbb dia mmg dilahirkan cantik. Saya pakai spek or contact lens mmg dua2 tk brapa cantik sbb saya mmg dilahirkan sederhana saje...:).
 
Note: If saya ditakdirkan pergi berjuang/berperang suatu hari nnti, saya nk jadi jururawat or tukang masak or orang belakang tabir je k, sesuai dgn fitrah perempuan. Saya tk bercita2 nk jadi panglima perang, tentera, pemanah, penunggang kuda dsb. Mungkin orang akan bahaskan cita2 saya rendah, ade je wanita jadi penunggang kuda di zaman Rasulullah. Jawapan saya setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Tapi saya ingin menjadi pembantu setia bukan ingin menjadi pemimpin dan saya redha sebagai pembantu.
 
 
Berbalik kepada Maa....jauh di sudut hati saya, saya amat berbangga kerana dia Maa saya. Yang kuat semangat, yang rajin, yang rational, yang berusaha. Maa...I'm proud of you and I love you so much, although...I never say it in front of you sbb itu bukan kebiasaan keluarga kita. Kadang2 saya terfikir kenapa Maa ni kuat semangat ye?? Maa pergi sekolah kat mana, cikgu Maa trained Maa macam mana? Maa ni ada keturunan Siam ke?....hehe, sbb orang Siam ni kuat semangat. Ma ke Ayah ni yang ada keturunan Arab/Ulamak sbb nampak Maa lagi kuat semangat dari Ayah padahal Ayah yang dicanang2 ada keturunan Arab/Ulamak (keturunan Arab/Ulamak Ayah pun tidak sahih, diturunkn dari mulut ke mulut). Hrmm...tk perlu la fikir semua itu, tak penting. Yang penting saya perlu ambil ibrah (pengajaran) dari sikap2 positif yang ada dalam diri Maa.
 
Lastly, boleh tk saya fikir, if saya ada anak, saya nk suruh dia membesar di kg. Nak suruh dia tinggal dengan Mek, sbb rumah Mek sebelah rumah Maa. Saya tk pasti betul ke saya nk buat apa yang saya fikir ni....bagi saya kanak2/remaja yang membesar dengan orang lain lebih prihatin ttg masalah orang lain berbanding dengan kanak2/remaja yang membesar dengan ibu bapa sendiri kerana mereka kurang dimanjakan. Cthnya...Rasulullah s.a.w yg dibesarkan oleh datuk & pakciknya. Tradisi tradisional Arab dahulu kala juga menghantar anak2 untuk dibesarkan di kg2 supaya anak2 itu membesar menjadi lelaki sejati (mesra dengan alam, cergas dsb). Mungkin ada betulnya kerana ibu Maa saya pun meninggal semasa dia masih kecil dan dia pernah tinggal dengan pakciknya. Saya sendiri juga dibesarkan oleh arwah Ayah Od (Pakcik) dan Mek (makcik).
 
Ok, anak saya nnti mungkin namanya 'Aisyah NurKhadijah kerana saya suka sgt nama 'Aisyah yang maksudnya "Hidup Bahagia', lagipun Mek saya nama Esah, jadi dekat2 la tu Esah dengan 'Aisyah. Khadijah pula kerana arwah makcik saya nama Siti Khadijah, jadi saya rindu sgt dgn makcik saya yg meninggal semasa zaman2 dia masih kanak2 itu kerana satu family diserang taun, yg terselamat adalah arwah Datuk, Ayah Od dan Ayah saya. Dan nama ini tentulah kerana cinta saya kepada tunggak utama perjuangan Rasulullah iaitu Khadijah r.a dan Aisyah r.a. Jika lelaki ada 2 nama kegemaran saya, sebenarnya sebelum ini byk, tetapi akhirnya bila difikir balik dua ini paling sesuai kot, iaitu Usamah dan Hassan. Jauh saya berfikir, siap dgn nama anak lagi, padahal kahwin pun belum...:). Susunan Allah adalah susunan yang terbaik...:)

No comments:

Post a Comment