Saturday, October 27, 2012

Alhamdulillah....syukur lagi...:)

Salam...
 
Syukur kerana atas nikmat penglihatan....Indahnya bunga mawar ini.
Saya panjatkan lagi syukur ke hadrat Allah atas nikmat2 Nya ke atas saya. Nikmat apa? NikmatNya yang amat luas dan tidak terhitung. Mungkin orang yang melihat saya berfikir tiada apa yg istimewa dgn diri saya...kulit tidak putih, seorg yg pendiam, background family sgt biasa, masih belum berkahwin.....the lists will go on..
 
Amat buruk bagi orang yg suka melihat dirinya dari aspek negatif....cthnya dari segi paras rupa. Tidak ada apa pada paras rupa, kulit putih melepak, putih merah, kuning langsat dan sbgainya. Saya amat termotivasi bila mengetahui Siti Hajar yg mulia itu turut berkulit gelap dan kurang cantik berbanding dgn madunya Siti Sarah. Siti Hajar wanita tabah, penyabar, yang dimartabatkn Allah utk merintis pembukaan kota suci Makkah. Sejarah kecekalan dan kasih sayang beliau yang berlari-lari sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan bukit Marwah untuk mendapatkan air minuman untuk anak beliau Nabi Ismail juga diabdikan dalam saie semasa ibadat haji.
 
Kelebihan merupakan anugerah Allah kepada orang tersebut, tetapi jika Allah tidak kurniakan kepada kita janganlah kita bersedih....take it positive. Saya percaya orang yang positive dan sentiasa bertawakkal kepada Allah, insyaallah hidupnya ceria dan bahagia walaupun dia yang biasa2 shj.
 
Huhu....sudah kekeringan idea utk menulis, cuma pointnya di sini saya ingin mengajak diri saya dan anda semua bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada kita semua..:)
 
Wassalam.
 
Note : Back dated post yg ditulis a few day b4 raya Haji, disambung semula slps pulang dari kg.
 
 

No comments:

Post a Comment